APAKAH AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL DALAM MEMBENTUK SEMANGAT KEJIRANAN DAN SALING BEKERJASAMA JIRAN TETANGGA
Maksud semangat kejiranaan :
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan
dan kemantapan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur,
jantina, bangsa, agama dan budaya.Hubungan era tantara jiran dapat melahirkan
ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Seperti yang diketahui umum, jiran
didefinisikan sebagai orang yang tinggal berhamprian dengan rumah kita.
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam
kehidupan bermasyarakat. Semangat ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif
kita untuk mewujudkannya . Ia perlu diterapkan dalam diri dan masyarakat .
Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan
masayarakat sekeliling . Dalam konteks kejiranan , umat islam perlu sentiasa menghormati
dan menjaga keselamatan diri dan harta benda.
Dengan adanya semangat kejiranan ini, sesuatu masalah dapat
diatasi dengan segera. Sebagai contoh, gotong-royong membersihkan Kawasan
perumahan , balai raya, mebuat jambatan dan sebagainya dapat dilakukan bersama.
Secara tidak langsung ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
penduduk kawasan perumahan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling
kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa musim perayaan,
kenduri dan lain-lain lagi. Sikap keprihatinan juga penting dalam melahirkan
sikap hormat-menghormati dan kasih saying sesame jiran.
Memang tidak dapat dinafikan lagi, pelaksanaan Rukan
Tetangga juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya mampu
membentuk masyarakat yang berjiwa murni.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri dan sikap
tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam
pepatah Melayu “bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika
hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur seterusnya menjejaskan
perpaduan negara. Ada juga pepatah yang mengatakan bahawa “Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan,
perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Tuntasnya, hidup berjiran amat penting dalam kehidupan. Hal ini kerana ia mendatangkan
banyak manfaat dan menyatupadukan seluruh masyarakat. Jelaslah bahawa betapa
penting dan besarnya peranan jiran dalam membentuk kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. Oleh itu, masyarakat haruslah berganding bahu, bak kata
pepatah, berat sama dipukul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjadikan
kehidupan berjiran sebahagian daripada amalan dan budaya masyarakt di Malaysia.
Alasan membentuk semangat kejiranan dan saling bekerjasama jiran tetangga :
Semangat kejiranan dalam masyarakat yang kita warisi sejak turun-temurun, kini jelas
semakin kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat di negara kita.Hal ini tidak
wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya.Pada zaman globalisasi
ini, semangat kejiranan mulai luntur dalam kalangan anggota masyarakat dan
akibatnya hubungan sesama jiran renggang dan boleh menjejaskan perpaduan
negara.Justeru itu, pelbagai usaha diadakan oleh beberapa pihak bagi menanamkan semangat kejiranan terutamanya
melalui aktiviti seperti bergotong-royong.Semangat kejiranan amat penting
diamalkan dalam masyarakat ,seperti
pepatah Melayu,’Jiran sepakat
membawa berkat’ kerana ia bukan sahaja mengeratkan silaturahim sesama
Islam malah dengan terjalinya hubungan
sesame jiran tetangga dapat bersatu hati dan mendatangkan rahmat Allah
Subhanahu Wata’ala.
Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan akan
dapat menimbulkan keakraban sesama jiran dan dapat membantu
memantau rumah jiran terutama sekali sesama ketiadaanya.Mereka akan membantu
melihat-lihat persekitaran rumah
tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu
yang meragukan.Sikap prihatin seperti ini adalah antara sikap yang perlu ada
dalam hidup berjiran.Ia bukan sahaja menghindari dari berlakunya kes jenayah
seperti pecah rumah,malah dengan adanya jiran yang bersikap pemudulian akan
dapat menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama
dalam kalangan anggota masyarakat seperti melalui aktiviti bergotong-royong
atau semasa majilis sambutan perayaan atau perjumpaan bualanan komuniti.
Aktiviti seperti itu dapat pertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan
hubungan .Semangat kejiranan itu juga penting keran ia dapat melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dan mereka dapat memahami satu sama lain.
Kesuluruhannya, semangat kejiranan itu amat penting
diamalkan dalam masyarakat kerana ia merupakan sebahagian daripada amalan dan
menjadi budaya masyarakat di Brunei
Darussalam yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di
luar sana malah dapat memberikan gambaran yang positif
kepaada masyarakat sekeliling. Di samping itu, semangat kejiranan dapat
mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan aman sejahtera yang bermula
daripada kehidupan kejiranan yang baik.
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang Bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap inidividu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, scenario ini haruslah disusuli dengan langkah ynag efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Aktiviti bergotong royong :
Terdapat pelbagai langkah yang boleh
diambil untuk memupuk semangat kejiranan. Antaranya menghidupkan Kembali amalan
begotong-royong. Hal ini memboleh kan masyarakat bersama-sama menjalankan
pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat
kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi
tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan begotong-royong ini
dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai keturunan dan latar belakang. Aktiviti ini juga boleh
melahirkan semangat Kerjasama sesama jiran, bak kata pepatah”hati gajah sama
dilapah , hati kuman sama dicecah”. Oleh itu, kita mestilah menghidupkan
kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Rumah terbuka :
Di samping itu, kempen mengadakan
amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langakah yang boleh menghidupkan
kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat
diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari perayaan kaum
masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memeberi ruang kepada masyarakat untuk
menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai
contoh, penduduk berketurunan Indian menziarahi jirannya yang beragama Islam
pada Hari Raya Aidilfitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian
akan mengunjungi jiran mereka pada hati Natal, sekaligus dapat mengeratkan
hubungan kejiranan sesame insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus
diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan
seluruh warga Malaysian yang mendiami di bumi bertuah ini.
Amalan ziarah menziarahi :
Seterusnya, langkah yang boleh diambil
dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan
ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame
jiran. Malah, amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakan dalam Islam.
Misalnya, apabila jiran bertandang ke rumah, sudah semestinya kita akan
menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan.
Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesame
individu. Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam
masyarakat.
Penutup :
Akhir sekali, semangat kejiranan yang
semkain luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap
sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah
terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam
masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,
perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiran yang untuh.
1. Kita akan
mudah mendapat bantuan jika menghadapi sesuatu masalah.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
2.Semangat
kejiranan yang terjalinakan menjamin keselamatan tempat tinggal kita.
Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali dating atau memasuki rumah kita padu waktu kita tiada di rumah,jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan , jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita.
3.Jiran akan
dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian.
Majlis keramian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersubut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan.
4.Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negative di tempat tinggal kita dicegah.
Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak merekan agar tidak melakukan perkara negative yang boleh mengganggu ketenteraman mebuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan.
5.Membantu
memupuk semangat perpaduan rakyat dalam negara kita.
Perpaduan yang
terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
1.Tidak akan mendapat ketanangan hidup
Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan
mendapt ketenangan hidup apabila seingkali diselubungi rasa bersalah dan sering
mewujudkan perkara-perkara negative di dalam minda hingga akhirnya wujud pula
masalah hati yang tidak tenang.
2.Terpinggir daripada masyarakat
Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak
beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga.Selain itu,
apabila tiadanya adab, maka kita akan menggangu ruang peribadi kejiranan kita.
3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga
Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara
jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila
berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran
tetangga.Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi
berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang
sepatutnya.
4.Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat
Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan
dikalangan masyarakat.Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan
diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan
masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan
agama .Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi
permusuhan dikalangan jiran tetangga.
5.Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan
Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan.Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melaui perbuatan mahupun tutur kata.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, Daripada contoh-contoh yang dijelaskan bahawa semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Jadilah jiran yang baik dan bertanggungjawab. kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera, usaha memperkukuh tradisi hidup berjiran yang harmoni menjadi aset penting untuk membentuk sebuah negara yang maju dan selamat.
thank you for the information
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegoood job
ReplyDelete